Monday, July 8, 2013

[ATAH] AKADEMI TAHFIZ AL-HIDAYAH KE PETROSAINS

::Salam UolzZ::--> Pertama dan selamanya ME mengucapkan syukur Alhamdulillah dan selawat ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad SAW kerana program anjuran Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia [KPKK] ke Petrosains KLCC berjalan dengan sehabis baik.Seramai daripada 40 orang pelajar ATAH dan ahli jawatankuasa terlibat sama dalam menjayakan program berobjektifkan "Penjawat Awam Turun Padang". Program ini bertujuan melatih dan memupuk para penjawat awam untuk memahami dan belajar situasi mereka diluar sana yang memerlukan sesuatu dalam kehidupan mereka termasuk lah kasih sayang. Bagi ME memilih ATAH dalam program CSR KPKK ini secara tidak langsung telah mengeluarkan pola pemilihan umum dalam program CSR. Penyelia bagi program ini ialah Puan Nurul Hidayah Idris. Sehubungan itu, program ini juga turut dibantu oleh ahli jawatankuasa Istana Budaya terdiri daripada Ain, Hezri, Naja dan Hani. Terima kasih buat anda kerana telah menjemput ME untuk turut hadir bersama dalam program ini, jemputlah lagi ya hehehe...Disudut pandang lain pula ATAH merupakan sekolah integriti swasta dan  program hari ini telah mencakna minda para pelajar tahfiz. Menurut sebilangan sumber pelajar tahfiz, pengajian mereka lebih kurang sama dengan pengajian am sekolah awam diluar sana, bahkan mereka juga mempunyai cita-cita yang sama macam pelajar disekolah awam kerajaan lain. Menarik lagi ada diantara mereka berasal daripada negara Indonesia dan sebilangan lagi ialah Malaysia. Bagi anda yang mahu ke Petrosains boleh layari laman sesawang mereka untuk mengetahui info lanjut disini "Petrosains".Berada disamping khalifah Allah membuatkan ME berasa lebih dekat dengan Allah SWT. In Syaa Allahu Innallahu Ma'Ana.
Source:http://mediaexpression.blogspot.com/2013/07/atah-akademi-tahfiz-al-hidayah-ke.html

[ATAH] AKADEMI TAHFIZ AL-HIDAYAH KE PETROSAINS Images

PELAJAR di ATAH menerima didikan menerusi kaedah bersepadu.
(375 x 250 - 29.51 KB - jpeg)

... guru kaunseling akademi tahfiz al hidayah atah roslailawati mohamed
(220 x 308 - 16.10 KB - jpeg)

Caca Marba: Konsep holistik Ibu Laila
(375 x 312 - 44.17 KB - jpeg)

No comments:

Post a Comment