Thursday, June 6, 2013

Ketua DAP Kuantan, Cabar YB Teruntum Tunjuk Bukti

KUANTAN, 6 Jun - Ketua DAP Kuantan, Cheah Kim Hung (foto), hari ini mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Sim Chong Siang membuktikan bahawa beliau memiliki Ijazah dalam bidang Kejuruteraan seperti yang didakwa selama ini. Isu berkenaan telah PDO dedahkan beberapa hari yang lalu. Susulan pendedahan tersebut, kami masih belum menerima jawapan daripada pihak yang berkenaan. Tindakan menyepi wakil rakyat berkenaan menggusarkan ramai pihak kerana dikhuatiri ia akan menghilangkan kepercayaan rakyat dan kreadibliliti beliau sebagai ADUN Teruntum selepas ini. Demikian ditegaskan oleh Cheah dalam kenyataan di facebook beliau. "DAP Kuantan adalah pemantau (Inspektor kepada Pakatan Rakyat).. dan apabila kami jumpa kesalahan kami pasti akan kemukakan supaya dapat menggelakkan pihak terbabit terus korup dan busuk mcm BN. Pakatan mengamalkan pendekatan yang bersih, jujur, integriti, telus dan accountability... maka semua kesalahan sebegini sepatutnya tidak berlaku kepada wakil rakyat Pakatan", katanya. Beliau turut akan mengadakan satu sidang media bagi mendedah dan mencabar ADUN terbabit dalam masa terdekat ini. Sementara itu Cheah turut mendakwa dia mempunyai bukti beberapa risalah yang diedarkan oleh ADUN terbabit semasa kempen Pilihanraya Umum Ke-13 lalu juga tidak benar. "Jelas Sim menipu rakyat dengan mengatakan pula dia ada Diploma yang diperolehi dari Hong Kong.. padahal dia tidak pernah belajar di sana pun", kata Cheah lagi. Beliau juga agak hairan kenapa PKR memilih ADUN terbabit sebagai calon baru-baru ini sedangkan ramai lagi calon-calon lain yang dilihat lebih berkaliber dan mempunyai latar belakang pendidikan yang jauh lebih baik. "Saya tidak mahu berkompromi dalam hal ini.. kita marah dan heboh bila ada pemimpin UMNO BN tipu latar belakang pendidikan mereka.. kenapa sekarang kita juga menganggat orang yang sama untuk jadi wakil rakyat?. BN tipu itu memang kerja dia.. tapi bila pemimpin pakatan rakyat yang kononnya jujur itu tipu.. saya rasa ianya tidak baik untuk rakyat.. maka itulah saya mencabar beliau kemukakan bukti serta dokumen berkenaan jika beliau berkata benar", dakwa Cheah lagi.Kenyataan panas Cheah di dalam blog peribadi beliau berkenaan isu ini [Apa yang didedahkan oleh Ketua DAP Kuantan ini sepatutnya dijawab dengan baik oleh pihak yang berkenaan. Anehnya, ada pula penyokong wakil rakyat terbabit tiba-tiba menyerang Pahang Daily Online (PDO) dengan berbagai tohmahan liar, sedangkan kami adalah wadah perjuangan rakyat yang bebas telus dan adil. Tidak timbul soal untuk menjatuhkan mana-mana pihak kerana isu sudah disebarkan terlebih dahulu di laman sembang sosial facebook sebelum ini. Malah, apa yang kami dedahkan ini adalah sinambungan kepada kenyataan pemimpin DAP terbabit yang mahukan kepastian. Jika benar ia satu penipuan maka amatlah tidak wajar PKR mencalonkan beliau pada PRU-13 baru-baru ini. Namun, jika ia tidak benar maka wakil rakyat terbabit boleh menfailkan tindakan saman terhadap mana-mana pihak yang menjatuhkan imej beliau. Kita tidak mahu ada unsur penipuan dan kejujuran yang dipertikaikan apabila menjadi seorang wakil rakyat tidak kira apa jua parti politik yang diwakilil. Semua pihak perlu jujur dalam perjuangan. Jika soal sebegini pun ada unsur penipuan maka apakah lagi makna perjuangan itu sebenarnya. Oleh itu, kami menantikan jawapan daripada pejabat ADUN terbabit demi keadilan untuk semua pihak. Jika PDO yang diserang, ia umpama "menjolok sarang tebuan" akhirnya!. Jalan terbaik ialah menjawab persoalan yang dikemukakan itu sebenarnya!. Kebenaran itu haruslah ditegakkan].http://www.pahangdaily.blogspot.com
Source:http://pahangdaily.blogspot.com/2013/06/panas-ketua-dap-kuantan-cabar-adun-pkr.html

Ketua DAP Kuantan, Cabar YB Teruntum Tunjuk Bukti Images

No comments:

Post a Comment